DASAR PERTANIAN NEGERI KELANTAN

Dasar Pertanian Negeri adalah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai pengerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Negeri Kelantan secara keseluruhannya

Diantara aspek-aspek Dasar Pertanian Negeri Kelantan yang diberi penekanan ialah:-

    Pembukaan tanah baru / Pembangunan tanah.

    Pembangunan pertanian secara In-Situ.

    Perkhidmatan sokongan pertanian.

    Pembangunan sosial dan institusi yang menyokong pembangunan sektor pertanian.

    Pembangunan barangan iaitu tanaman untuk makanan dan tanaman untuk industri.

    Pengurusan perhutanan.

    Industri berasaskan pertanian.

    Pembangunan ladang nukleus mengikut Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia.

Manakala matlamat Dasar Pertanian Negeri Kelantan adalah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Negeri Kelantan secara keseluruhannya. Untuk merealisasikan matlamat tersebut beberapa strategi yang telah digunakan seperti:-

    Peningkatan daya pengeluaran, bermutu tinggi dan pengeluaran yang stabil dalam sektor pertanian.

    Sistem pengurusan yang efisyen meliputi saluran pemasaran, pemerosesan dan perkhidmatan pengangkutan yang baik.

.    Meningkatkan taraf keluarga tani melalui kenaikan dalam tingkat pendapatan.

    Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri hiliran dan golongan usahawan tani.

    Menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam usaha mencari alternatif terbaik kepada sub-sektor pertanian yang kurang berpotensi dan kurang digalakkan.

    Menggerak dan memesatkan pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian komersil dan industri berasaskan pertanian ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai " Jelapang Makanan Negera".     

[Carta Organisasi][Sejarah][Dasar Pertanian Negeri][Misi][Pasar Seringgit][SALM][Kpw/Iks][Intranet][FAQ][Seksyen Padi][Seksyen Buah-Buahan][Seksyen Sayur dan Tan. Ladang][Seksyen Bunga dan Tan. Ind.][Seksyen Infrastruktur][Pusat Pertanian][Aktiviti Jabatan Bulan Ini][Direktori Pegawai][Hari Kelepasan Am][PQ Net][Koperasi][Kementerian Pertanian][Persatuan Pembantu Pertanian][Persatuan Penolong Pegawai Pertanian][[Muka Utama]