Jajahan
Tanah Merah telah memilih Kg. Bendang Tilam, Nibong yang terletak di
Daerah Jedok untuk dijadikan Projek DiRaja Kelantan.
Projek yang dijalankan di kawasan ini ialah Pisang Benih Tisu
Didik dan Limau Madu yang merupakan tanaman utama, manakala Rambutan,
Durian dan Dokong merupakan tanaman sampingan bagi projek ini.
Keluasan
kawasan yang terlibat adalah 4.0 ha. bagi kebun baru, 4.0
bagi kebun asas dan 4.0 ha. lagi adalah merupakan rizab tanaman.
Seramai 20 orang peserta terlibat dalam menjayakan projek ini.