|
Saya mengambil
kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesyukuran kehadrat Allah subhanahu
wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan restunya kita dapat menerbitkan
Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan .
Laman Web ini
mengandungi maklumat mengenai program dan aktiviti Jabatan
yang terkini . Penggunaan Laman Web
pada hari merupakan satu kemestian dan kaedah yang berkesan untuk
menyebarkan sesuatu maklumat. Sesuai dengan zaman ICT ini Jabatan
Pertanian Negeri Kelantan mengambil sepenuh cabaran untuk mempergunakan
pengetahuan dan kepakaran dikalangan kakitangan untuk
mengeksploitasi sebaik mungkin bidang ini bagi tujuan yang murni dan
berfaedah. Saya berharap semua kakitangan tidak mengira peringkat
dapat memanafaatkan Laman Web ini bagi mendapatkan maklumat yang
terkini .
Sebagai agensi
utama yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan pengembangan pertanian,
iaitu tumpuan Jabatan tidak sahaja kepada petani-petani, beliatani tetapi
juga meliputi syarikat-syarikat swasta dan usahawan yang berminat dalam
bidang pertanian.Dengan adanya Laman Web ini diharap semua pelanggan
Jabatan yang tersebut di atas dapat menggunakan Laman Web ini secara
bermakna .Maklumat yang disediakan di harap dapat di manafaatkan sebaik
mungkin kearah meningkatkan pendapatan dan produktiviti mereka.
Dengan
adanya Laman web ini secara tidak langsung akan melibatkan pelanggan
Jabatan ini dipelbagai peringkat mengenali dan mempelajari teknologi ICT
secara lebih dekat lagi. |
Di sini saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada
semua pegawai dan kakitangan yang telah berusaha untuk menerbitkan Laman Web
ini. Saya berharap agar laman web ini dapat di urus dan dikemaskini secara
berjadual agar ia dapat dimanafaat oleh semua golongan.
Akhir sekali
dengan penglibatan semua pihak sama ada diperingkat webmaster
mahupun pengguna diharap ianya akan sama-sama menyumbang kearah
penambahbaikan dan memberi manafaat yang berguna.Semoga
ianya akan dikemaskini supaya dapat dimanafaatkan sebaik mungkin
oleh semua warga Jabatan Pertanian Negeri Kelantan khasnya dan pelanggan jabatan khususnya
.Semoga Laman Web ini akan
berkembang dan melalui proses penambahbaikan selaras dengan perkembangan
teknologi ICT.
Sekian,
Wassalam.
Terima kasih.
(DATO’ OTHMAN BIN NGAH)
Pengarah
Pertanian Negeri
Kelantan.
|