SEJARAH JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM

    

1. Jabatan ditubuhkan

    Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mula ditubuhkan pada tahun1930. Pada peringkat awal penubuhan jabatan pertanian atau dengan nama "Pejabat Tanaman" pada masa itu hanya dengan menumpang di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Pejabat Tanah ini lebih dikenali dengan panggilan "Office Panjang" bagi masyarakat Kota Bharu khususnya. Pejabat ini terletak berhadapan dengan Istana Jahar, Kota Bharu. Pada tahun 1932 jabatan ini telah berpindah pula ke Jalan Tok hakim iaitu terletak di deretan kedai gambar Wong sekarang ini. Pada akhir tahun 1934 berpindah lagi ke Jalan Telipot dimana sekarang ini dijadikan kawasan perumahan dan didirikan sebuah mesjid dikenali dengan nama Mesjid Telipot, Akhirnya pada tahun 1973 berpindah pula ke Kampong Lundang, iaitu dikawasan Kompleks Pertanian Lundang, Kota Bharu'

2. Pegawai dan Kakitangan

     Pegawai pertama (Tahun 1930) yang bertanggungjawab mengurus jabatan ini adalah seorang bangsa Eropah bernama J.A Graig dengan nama jawatannya"Principal of Agriculture Kelantan". Beliau dibantu oleh seorang "Office Boy" yang bernama En Mahmood bin Kassim. Perlantikan En Mahmood sebagai "Office Boy" ini bermula pada 1.2.1931. Pada 1.6.1933 dilantik seorang "Malay Agricculture Subordinate" (Juruteknik Pertanian). Beliau ialah allahyarham Tuan Hj. Hassan bin Abdullah. Pada 1.1.1934 diikuti pula dengan perlantikan seorang pegawai "Malay Agricultural Assistant" (Pembantu Pertanian).Beliau ialah Tuan Hj Mahmood bin Yaacob. Mereka inilah sebagai pelupor atau peneroka pertama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.

Tugas utama Jabatan Pertanian pada ketika itu ialah sebagai pusat pengembangan dan peyelidikan, walaubagaimanapun Jabatan ini bertanggungjawab juga mengenai urusan yang berkaitan dengan haiwan, taliair dan perusahaan getah.

Pusat-pusat pertanian lahir di Telipot pada tahun 1933 Bachok dan Pasir Mas pada tahun 1935 dan seterusnya lahirlah pusat-pusat di Pasir Puteh, Melor, Batang Merbau, Kampung Pungsu, Dabong dan Lundang pada tahun-tahun berikutnya,

 

Senarai nama-nama Pengarah Pengarah Pertanian adalah seperti berikut:

TAHUN

     Tahun
1

    J.A Graig                     

1930
2

    N.H, Sand                     

1933
3

    H.K. Ashby                   

1935
4

    N.H, Sand                     

1936
5

    R.G Heath                    

1937
6

    H.K. Ashby                   

1940
7

    Encik Jaafar Mampak    

1942
8

    Lt.Col. P.J.G.Dobree    

1945
9     J. W. Jolly                   1946
10   H.K. Ashby                    1947
11   J.L Creig                      1948
12   E.J.H.Berwick              1949
13   H.K. Ashby                 1951
14   J. Cook                        1953
15   Robert Hendersan          1954
16   P. G Coleman                1955
17   L  B. J. Hothcork        1957
18   L. A. Vivian                 1958
19   Lee Sin Fook                  1961
20   G. F. Darnell                      1962
21   Encik Mohamad Tamin bin Yeop       1962
22   Encik Mohamad Redzuan bin Mohd Noh   1966
23   Haji Osman bin Mohd Nor               1971
24   Encik Hashim bin Shamsuddin       1972
25   Encik Kamaruzaman bin Haji Alias       1976
26   Encik Ab. Wahid bin Azahari         1977
27   Encik Mohamed bin Ismail             1979
28   Haji Wan Zulkifli bin Hassan                1981
29   Haji Hassan bin Haron                1987
30   Dato' Othman bin Ngah                1994 hingga sekarang

 Menu Utama

[Carta Organisasi][Sejarah][Dasar Pertanian Negeri][Misi][Pasar Seringgit][SALM][Kpw/Iks][Intranet][FAQ][Seksyen Padi][Seksyen Buah-Buahan][Seksyen Sayur dan Tan. Ladang][Seksyen Bunga dan Tan. Ind.][Seksyen Infrastruktur][Pusat Pertanian][Aktiviti Jabatan Bulan Ini][Direktori Pegawai][Muka Utama][Hari Kelepasan Am][PQ Net]