|
DASAR
PERTANIAN NEGERI KELANTAN
Dasar Pertanian Negeri adalah untuk menjadikan sektor
pertanian sebagai pengerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi Negeri Kelantan secara keseluruhannya
Diantara aspek-aspek Dasar
Pertanian Negeri Kelantan yang diberi penekanan ialah:-
Pembukaan
tanah baru / Pembangunan tanah.
Pembangunan pertanian secara In-Situ.
Perkhidmatan sokongan pertanian.
Pembangunan sosial dan institusi yang menyokong pembangunan sektor pertanian.
Pembangunan barangan iaitu tanaman untuk makanan dan tanaman untuk industri.
Pengurusan perhutanan.
Industri
berasaskan pertanian.
Pembangunan ladang nukleus mengikut Dasar Penswastaan dan Persyarikatan
Malaysia.
Manakala matlamat Dasar
Pertanian Negeri Kelantan adalah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai
penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Negeri
Kelantan secara keseluruhannya. Untuk merealisasikan matlamat tersebut beberapa
strategi yang telah digunakan seperti:-
Peningkatan daya pengeluaran, bermutu tinggi dan pengeluaran yang stabil dalam
sektor pertanian.
Sistem
pengurusan yang efisyen meliputi saluran pemasaran, pemerosesan dan perkhidmatan
pengangkutan yang baik.
.
Meningkatkan taraf keluarga tani melalui kenaikan dalam tingkat pendapatan.
Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan industri hiliran dan golongan usahawan
tani.
Menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam usaha mencari
alternatif terbaik kepada sub-sektor pertanian yang kurang berpotensi dan kurang
digalakkan.
Menggerak dan memesatkan pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian komersil
dan industri berasaskan pertanian ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai
" Jelapang Makanan Negera".
|