APA DIA PASAR SERINGGIT Pasar seringgit merupakan tempat dimana hasil-hasil dari projek kelompok Jabatan di kumpul dan jual dengan harga yang lebih murah. Melalui konsep ini kedua-dua belah pihak akan mendapat keuntungan.Sayur-sayuran segar dari ladang di bungkus dan dijual dengan harga yang berpatutan.
DI MANA LETAKNYA PASAR SERINGIT Terletak di jalan Dato' Lundang berhampiran dengan Pajabat Pertanian Jajahan Kota Bharu.
APA TERDAPAT DI SANA Terdapat beberapa kategori hasil-hasil pertanian di sini. Antara nya sayur-sayuran daun, sayur-sayuran buah, buah-buahan, produk KPW, Kueh tradisional dan Ulam-ulaman.
Waktu Urusniaga Bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang Tempahan sayur-sayuran boleh dibuat melalui pengurus pasar seringgit En. Sayuti b. Nor atau melalui No. Telefon 012-9508946 |
|