|
|
|
Matlamat
/ Visi
|
|
|
|
Merealisasikan
permodenan sektor perladangan melalui mekanisasi perladangan dan
automasi ladang.
|
|
|
|
Objektif
Mengurangkan keperluan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti
ladang dan pekerja melalui kemajuan dan penyaluran teknologi mekanisasi
dan automasi ladang kepada para petani dan usahawan petani.
Pelaksanaan aktiviti penilaian dan pengubahsuaian terhadap
jentera dan peralatan Pertanian yang dihasilkan oleh agensi-agensi
penyedlidikan untuk penyesuaian keadaan setempat
Penyediaan khidmat perundingan kepakaran
dalam bentuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada para petani,
agensi Pertanian, swasta dan usahawan mengenai kegunaan dan
kesuaian jentera dan peralatan pertanian disamping memberi khidmat
rekabentuk system di peringkat ladang.
Menentukan sistem pengairan yang sesuai bagi tanaman, pemulihan
tanah-tanah yang bermasalah, penuaian air (water harvesting) serta
merata sawah melalui proses pembangunan sistem pengairan dan perparitan
ladang.
Menyediakan perkhidmatan logistik kejuruteraan bagi projek-projek
Jabatan Pertanian.
|
|
 |
Bahagian
Perlindungan Tanaman terdiri daripada dua unit iaitu Unit Kuarantin yang
menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan akta Pertanian dan Unit Kawalan
Perosak Tanaman yang berfungsi melaksanakan program pembangunan komoditi
dan pengembangan.

Matlamat dan Fungsi
Matlamat
Bahagian Pengurusan Tanah mempunyai dua
matlamat utama seperti berikut ;
Membantu meningkatkan daya pengeluaran pertanian dan taraf hidup petani dengan
memberi sokongan teknikal kepada sistem pengembangan pertanian yang ditugaskan
untuk memindahkan teknologi kepada petani.
Menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada
agensi-agensi pembangunan mengenai kesesuaian tanah, pengurusan kesuburan serta
pembajaan dan pemuliharaan tanah yang betul untuk mencapai pengeluaran tanaman
yang baik dan berterusan.
Fungsi
Menjalankan penyiasatan tanah dan pengelasan tanah bagi menentukan
kesesuaian tanah untuk tanaman-tanaman dan penggunaan tanah secara berkesan.
Menjalan pemyiasatan gunatanah bagi menyediakan maklumat mengenai
pelbagai jenis penggunaan tanah dalam bentuk peta dan perangkaan.
Memberi khidmat nasihat pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah untuk
sesuatu jenis tanaman di atas pelbagai jenis tanah termasuk tanah-tanah
bermasalah bagi mendapatkan hasil yang maksima.
Menentukan mutu baja dan memberi nasihat kepada pihak-pihak berkenaan
mengenai kawalan mutu baja yang digunakan oleh petani.
Memberi khidmat pemuliharaan tanah dan pengurusan air di kawasan
pertanian bermasalah yang mengalalami hakisan dan kekurangan atau kelebihan air.

Bahagian
Pembangunan Komoditi Kelantan bertanggunjawab untuk memberikan sokongan dalam
bidang teknikal kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Badan-Badan Berkanun
dan Swasta yang berkaitan dengan Program
Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Industri Buah-buahan dan
Pembangunan Industri Sayuran & Tanaman Ladang. Aktiviti tersebut
merangkumi Pengeluaran Bijibenih dan Bahan Tanaman, Pemerhatian Teknoloji
Tanaman dan Promosi Teknoloji Tanamandi Negeri Kelantan.

|