BAHAGIAN TEKNIKAL JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM

Matlamat / Visi
Merealisasikan permodenan sektor perladangan melalui mekanisasi perladangan dan automasi ladang.
 Objektif  

Mengurangkan keperluan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti ladang dan pekerja melalui kemajuan dan penyaluran teknologi mekanisasi dan automasi ladang kepada para petani dan usahawan petani.  

Pelaksanaan aktiviti penilaian dan pengubahsuaian terhadap jentera dan peralatan Pertanian yang dihasilkan oleh agensi-agensi penyedlidikan untuk penyesuaian keadaan setempat

Penyediaan khidmat perundingan kepakaran dalam bentuk khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada para petani, agensi Pertanian, swasta dan usahawan mengenai kegunaan dan kesuaian jentera dan peralatan pertanian disamping memberi khidmat rekabentuk system di peringkat ladang.  

Menentukan sistem pengairan yang sesuai bagi tanaman, pemulihan tanah-tanah yang bermasalah, penuaian air (water harvesting) serta merata sawah melalui proses pembangunan sistem pengairan dan perparitan ladang.  

Menyediakan perkhidmatan logistik kejuruteraan bagi projek-projek Jabatan Pertanian.  

KeBawah

Bahagian Perlindungan Tanaman terdiri daripada dua unit iaitu Unit Kuarantin yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan akta Pertanian dan Unit Kawalan Perosak Tanaman yang berfungsi melaksanakan program pembangunan komoditi dan pengembangan.

 

Matlamat dan Fungsi

       Matlamat

       Bahagian Pengurusan Tanah mempunyai dua matlamat utama seperti berikut ;

      Membantu meningkatkan daya pengeluaran pertanian dan taraf hidup petani dengan memberi sokongan teknikal kepada sistem pengembangan pertanian yang ditugaskan untuk memindahkan teknologi kepada petani.

      Menyediakan khidmat nasihat teknikal  kepada agensi-agensi pembangunan mengenai kesesuaian tanah, pengurusan kesuburan serta pembajaan dan pemuliharaan tanah yang betul untuk mencapai pengeluaran tanaman yang baik dan berterusan.

        Fungsi

       Menjalankan penyiasatan tanah dan pengelasan tanah bagi menentukan kesesuaian tanah untuk tanaman-tanaman dan penggunaan tanah secara berkesan.

      Menjalan pemyiasatan gunatanah bagi menyediakan maklumat mengenai pelbagai jenis penggunaan tanah dalam bentuk peta dan perangkaan.

      Memberi khidmat nasihat pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah untuk sesuatu jenis tanaman di atas pelbagai jenis tanah termasuk tanah-tanah bermasalah bagi mendapatkan hasil yang maksima.

      Menentukan mutu baja dan memberi nasihat kepada pihak-pihak berkenaan mengenai kawalan mutu baja yang digunakan oleh petani.

      Memberi khidmat pemuliharaan tanah dan pengurusan air di kawasan pertanian bermasalah yang mengalalami hakisan dan kekurangan atau kelebihan air.

 

 

 

Bahagian Pembangunan Komoditi Kelantan  bertanggunjawab untuk memberikan sokongan dalam bidang teknikal kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan,Badan-Badan Berkanun dan Swasta yang berkaitan dengan Program Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Industri Buah-buahan dan Pembangunan Industri Sayuran & Tanaman Ladang. Aktiviti tersebut merangkumi Pengeluaran Bijibenih dan Bahan Tanaman, Pemerhatian Teknoloji Tanaman dan Promosi Teknoloji Tanamandi Negeri Kelantan.  

 

KeAtas

 
[Carta Organisasi][Sejarah][Dasar Pertanian Negeri][Misi][Pasar Seringgit][SALM][Kpw/Iks][Intranet][FAQ][Seksyen Padi][Seksyen Buah-Buahan][Seksyen Sayur dan Tan. Ladang][Seksyen Bunga dan Tan. Ind.][Seksyen Infrastruktur][Pusat Pertanian][Aktiviti Jabatan Bulan Ini][Direktori Pegawai][Hari Kelepasan Am][PQ Net][Koperasi][Kementerian Pertanian][Persatuan Pembantu Pertanian][Persatuan Penolong Pegawai Pertanian][[Muka Utama]